Perlindungan Insuran Premium FAQ

Apa yang harus dilakukan oleh pengasuh haiwan peliharaan dan pemilik haiwan peliharaan sekiranya haiwan kesayangan pemilik cedera? Buka

Kami menggalakkan agar semua pengasuh haiwan peliharaan PetBacker meminta pelanggan mereka untuk mengisi borang maklumat (termasuk butiran doktor haiwan, dan…
  • Kami menggalakkan agar semua pengasuh haiwan peliharaan PetBacker meminta pelanggan mereka untuk mengisi borang maklumat (termasuk butiran doktor haiwan, dan lain-lain) dan kontak kecemasan sebelum memulakan tempahan, agar semua orang bersedia dan sekiranya pemiliknya tidak tersedia dengan alasan apa pun.
  • Sekiranya haiwan kesayangan pemilik cedera, pengasuh haiwan perlu sentiasa cuba untuk menghubungi pemilik haiwan peliharaan, atau hubungan kecemasan mereka, sebelum sebarang rawatan diperoleh.
  • Pengasuh haiwan peliharaan harus selalu berusaha menyelesaikan masalah secara langsung dengan pemilik haiwan peliharaan. Dalam kebanyakan keadaan, Penyedia Servis dan Pemilik Haiwan Peliharaan dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri.
0 jawapan22 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang anda perlu lakukan sebelum menghantar permohonan tuntutan? Buka

Kejadian seperti ini jarang berlaku, tetapi jika berlaku pastikan Penyedia Servis menghubungi Pemilik Haiwan Peliharaan sebelum membawa haiwan peliharaan untuk…
  • Kejadian seperti ini jarang berlaku, tetapi jika berlaku pastikan Penyedia Servis menghubungi Pemilik Haiwan Peliharaan sebelum membawa haiwan peliharaan untuk mendapatkan rawatan.
  • Jika Penyedia Servis tidak dapat menghubungi Pemilik Haiwan Peliharaan (Contohnya Pemilik berada diluar negara), jika haiwan peliharaan tersebut memerlukan rawatan segera, Pemilik Haiwan Peliharaan hendaklah membayar semula bill selepas mengambil haiwan peliharaan kecuali rawatan tersebut adalah disebabkan kesalahan Penyedia Servis.
  • Jika perlu, Pemilik Haiwan Peliharaan boleh menggunakan insuran haiwan mereka dahulu untuk membayar semula kos yang digunakan Penyedia Servis. Jika permohonan Insuran peribadi anda ditolak, anda boleh membuat permohonan tuntutan dari kami.
  • Anda boleh menyemak kelayakan untuk membuat tuntutan Apa kelayakan untuk perlindungan ini?
0 jawapan24 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bagaimanakah cara untuk anda menghantar tuntutan Perlindungan Insuran Premium kepada kami? Buka

Hantarkan email atau hubungi kami dan sediakan dokumen seperti berikut: Nombor rujukan tempahan yang dibuat melalui PetBacker. Tarikh dan masa…

Hantarkan Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya. atau hubungi kami dan sediakan dokumen seperti berikut:

  1. Nombor rujukan tempahan yang dibuat melalui PetBacker.
  2. Tarikh dan masa kejadian.
  3. Nama haiwan peliharaan.
  4. Nama dan nombor telefon Penyedia Servis.
  5. Maklumat terperinci mengenai kejadian tersebut.
  6. Gambar kecederaan haiwan dan bil veterinar.
  7. Nombor telefon veterinar yang keutamaan Pemilik Haiwan Peliharaan.
  8. Nombor polisi insuran haiwan milik Pemilik Haiwan Peliharaan (Jika ada)

Anda perlu memaklumkan kepada kami dalam masa 1 hari selepas tamat tempahan atau sebaik kejadian berlaku.

 

Anda mungkin juga berminat dalam:

Apa kelayakan untuk perlindungan ini?

Apa yang anda perlu lakukan sebelum menghantar permohonan tuntutan?

Berapa lamakah masa yang diambil untuk tuntutan anda diproses?

0 jawapan19 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa kelayakan untuk perlindungan ini? Buka

Pusat asuhan dirumah. Penjagaan harian. Penginapan. Penjagaan kucing. Berjalan bersama anjing. Sebarang perkhidmatan haiwan peliharaan yang ditempah dan dibayar melalui…
  1. Pusat asuhan dirumah.
  2. Penjagaan harian.
  3. Penginapan.
  4. Penjagaan kucing.
  5. Berjalan bersama anjing.
  6. Sebarang perkhidmatan haiwan peliharaan yang ditempah dan dibayar melalui laman web, aplikasi mudah alih PetBacker dan dilaporkan kepada pasukan Khidmat Pelanggan
  7. Perkhidmatan haiwan peliharaan yang dibayar melalui PetBacker sebanyak USD $ 200 ke atas atau penyedia perkhidmatan haiwan peliharaan telah membuat tempahan kumulatif dari USD $ 1000 yang dibayar dengan PetBacker.

Anda sepatutnya membaca:

Siapa yang tidak layak untuk perlindungan insuran PetBacker?

Apa yang tidak termasuk dalam perlindungan?

Apa yang termasuk dalam perlindungan?

0 jawapan32 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang termasuk dalam perlindungan? Buka

Penjagaan, Pengawasan, Kawalan – Perlindungan veterinari semasa dalam jagaan penyedia servis: Bahagian ini menyediakan perlindungan veterinari dibawah penjagaan , pengawasan…
  • Penjagaan, Pengawasan, Kawalan – Perlindungan veterinari semasa dalam jagaan penyedia servis: Bahagian ini menyediakan perlindungan veterinari dibawah penjagaan , pengawasan dan kawalan penyedia servis. USD 350 bil perubatan yang pertama dikecualikan untuk membuat tuntutan dari kami dan perlu dibayar oleh pemilik haiwan peliharaan atau penyedia servis. USD 1000 ialah had yang boleh dituntut untuk perbelanjaan veterinari bagi kes kecederaan semasa di bawah jagaan penyedia servis.
  • Kesalahan dan Kelalaian (Tanggungjawab Profesional) – melindungi kecedaraan akibat kemalangan terhadap haiwan peliharaan pemilik: Bahagian ini melindungi kecederaan kemalangan haiwan peliharaan anda di bawah jagaan penyedia servis. Insuran seperti ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pemilik haiwan peliharaan dan penyedia servis, kerap atau tidak, kecederaan bukan akibat kecuaian boleh berlaku dibawah jagaan penyedia servis semasa mereka menyiapkan tugasan, walaupun tiada kesalahan kursus yang dilakukan oleh penyedia servis. Tuntutan adalah tertakluk kepada USD350 dibayar oleh penyedia servis dan selebihnya boleh dituntut dari kami dan had sehingga USD 1000.
  • Insuran Tanggungjawab Awam (Tanggungjawab komersial umum) – Melindungi Penyedia Servis daripada tuntutan pihak ketiga: Bahagian ini akan mebayar sejumlah amaun yang menjadi tanggungjawab sah penyedia servis akibat daripada kerosakan seperti kecederaan atau kerosakan harta benda pihak ketiga. Tuntutan tertakluk kepada 5% bayaran atau USD 1000  atau salah satu yang lagi tinggi dan selebihnya perlu dibayar oleh penyedia servis dan had sehingga USD 4000 sahaja.

 

*Apa yang boleh ditolak:

Anda perlu membayar USD350 pertama bagi bil perubatan, insuran akan meliputi baki selebihnya dengan had USD 1000

Anda mungkin juga berminat dalam:

Apa yang tidak termasuk dalam perlindungan?

Bantuan Penyedia Servis

0 jawapan20 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang tidak termasuk dalam perlindungan? Buka

Wow, anda mendapat perlindungan insuran! Tetapi apa yang tidak dilindungi oleh Program insuran kami? USD350 yang pertama untuk setiap tuntutan.…

Wow, anda mendapat perlindungan insuran! Tetapi apa yang tidak dilindungi oleh Program insuran kami?

  • USD350 yang pertama untuk setiap tuntutan.
  • Tempahan diluar aplikasi.
  • Kecederaan atau kerosakan terjadi semasa sesi "Perjumpaan Awal" atau kejadian yang berlaku akibat daripada "Perjumpaan Awal'.
  • Haiwan peliharaan yang tidak dimandulkan, vaksinasi, microchipped atau berlesen.
  • Sebarang haiwan peliharaan yang kecil tetapi tidak termasuk arnab, ikan, burung, hamster, tikus belanda, reptilia, kura-kura atau penyu.
  • Kehilangan atau kerosakan harta benda milik Penyedia Servis, jagaan, penjagaan atau kawalan, atau keluarga Penyedia Servis atau individu yang menetap bersama Penyedia Servis.
  • Jika tuntutan dibuat disebabkan jangkitan virus secara langsung atau tidak langsung yang diperoleh daripada haiwan peliharaan yang dijaga.
  • Kecederaan kemalangan atau jangkitan yang peroleh daripada Penyedia Servis atau individu yang menetap bersama Penyedia Servis.
  • Kehilangan haiwan peliharaan semasa dibawah jagaan Penyedia Servis.
  • Kecederaan haiwan peliharaan dibawah jagaan Penyedia Servis akibat daripada haiwan liar seperti ular, buaya, harimau atau lain-lain.
  • Keadaan yang dapat dielakkan seperti hama, kutu atau parasit.
  • Perlanggaran tanggungjawab professional (sebagai contoh melepaskan ikatan semasa membawa anjing berjalan) Ingat! Sentiasa pastikan haiwan peliharaan dalam keadaan selamat.
  • Tuntutan disebabkan oleh mengawan, mengandung, dirogol oleh haiwan lain sama ada milik Penyedia Servis atau haiwan yang lain. PetBacker tidak akan bertanggungjawab diatas kejadian berikut.
  • Rawatan untuk penyakit sedia ada, sakit tua atau penyakit sedia ada yang lain (contoh: Jangkitan Respiratori, masalah pundi kencing, gangguan darah, muntah, cirit-birit, dan gangguan gastrousus lain.) Kami sentiasa menekankan kepentingan untuk mendapatkan maklumat mencukupi sebelum anda menerima haiwan tersebut untuk dijaga.
  • Penjagaan veterina bagi tempoh yang panjang- Contoh,. penjagaan yang melebihi 30 hari setelah kecederaan.
  • Kerugian Pemilik Haiwan Peliharaan bagi rawatan susulan untuk haiwan mereka.
  • Pengurangan harga asal di dalam platform.
  • Caj pembatalan yang dikenakan akibat daripada pembatalan percutian.
  • Kehilangan pendapatan akibat daripada tetapan tempahan melalui PetBacker.
  • Gangguan emosi akibat daripada tempahan melalui PetBacker.
  • Saman, penalti, bayaran tambahan atau pembayaran lewat.
  • Hukuman, kejadian buruk atau kerosakan tertentu.
  • Tuntutan daripada atau melibatkan Penyedia Servis akibat berada di tempat yanh dilarang termasuk tetapi tidak terbatas pada pelanggaran aturan, peraturan, akta perjanjian atau perundangan bersama.
  • Segala tuntutan yang timbul dari kejadian yang berkaitan dengan pekerjaan, pekerjaan atau perniagaan Penyedia Servis.
  • Apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh Penyedia Servis di bawah kontrak atau perjanjian apa pun kecuali liabiliti tersebut akan dilampirkan sekiranya tiada perjanjian tersebut.
  • Penghakiman yang tidak pertama kali disampaikan oleh atau diperoleh dari mahkamah bidang kuasa yang berwenang di negara tuntutan.
  • Pekerjaan yang melibatkan tempat perlindungan atau penyelamat di mana bayaran perkhidmatan Petbacker tidak dikenakan.
  • Tuntutan kecederaan terhadap pengguna haiwan peliharaan yang ditimbulkan oleh mana-mana haiwan kesayangan yang berada atau tinggal dengan Pet Sitter yang bukan berasal dari pekerjaan dengan PetBacker.
  • Sebut harga yang berada di bawah kadar purata biasa lebih dari 30 peratus.
  • Kematian Haiwan Peliharaan

 

Anda mungkin juga berminat dalam:

Siapa yang tidak layak untuk perlindungan insuran PetBacker?

Bantuan Penyedia Servis

0 jawapan36 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
-2

Siapa yang tidak layak untuk perlindungan insuran PetBacker? Buka

Haiwan peliharaan yang sedang mengalami masalah kesihatan atau agresif secara alami- Oleh itu amatlah penting untuk Penyedia Servis mendapatkan sebanyak…
  • Haiwan peliharaan yang sedang mengalami masalah kesihatan atau agresif secara alami- Oleh itu amatlah penting untuk Penyedia Servis mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sebelum meneruskan tempahan.
  • Haiwan peliharaan yang dikategorikan sebagai haiwan merbahaya yang diwartakan oleh badan bertanggungjawab seperti Pit Bull Terrier, Basset Griffon Vendeen, Tibetan Mastiff, Mastiff, American Staffordshire Terrier, Bouvier des Flandres, Leonberger, Toy Fox Terrier, South African Boerboel, Bulldog (american). Senarai ini juga termasuk baka campuran daripada haiwan peliharaan yang merbahaya.
  • Haiwan peliharaan yang berusia kurang dari 8 minggu dan lebih 10 tahun.
  • Haiwan peliharaan milik Penyedia Servis tidak dilindungi oleh insuran jika kecederaan diperoleh akibat daripada menjaga haiwan peliharaan pemilik yang ditempah melalui PetBacker.
  • Pusat asuhan haiwan yang komersial.
  • Penyedia Servis yang mempunyai rekod jenayah lampau dalam masa 5 tahun ( tidak termasuk kesalahan trafik).
  • Menempah Penyedia Servis yang mempunyai pelbagai haiwan yang berlainan jenis seperti anjing dan kucing atau kucing dan arnab.
  • Penyedia Servis menerima tempahan diluar PetBacker dalam masa yang sama menjaga tempahan yang diperoleh melalui PetBacker. Ini kerana kami tidak dapat mengawal serta mengesahkan jumlah haiwan yang diterima.
  • Menempah dengan Penyedia Servis dibawah quota minima.

 

Anda mungkin juga berminat dalam

Apa yang tidak termasuk dalam perlindungan?

0 jawapan20 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Adakah PetBacker mengenakan caj untuk insuran ini? Buka

PetBacker tidak mengenakan sebarang caj. Anda juga boleh membuat pembelian insuran daripada rakan insuran kami dengan potongan harga, hubungi kami…

PetBacker tidak mengenakan sebarang caj. Anda juga boleh membuat pembelian insuran daripada rakan insuran kami dengan potongan harga, hubungi kami untuk mendapat maklumat lebih lanjut jika anda merasakan haiwan peliharaan anda memerlukannya.

0 jawapan21 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Berapa lamakah masa yang diambil untuk tuntutan anda diproses? Buka

Tempoh proses berbeza mengikut tahap keterukan kes, kualiti dokumen dan kerjasama daripada penyedia servis serta pemilik haiwan peliharaan, tetapi kami…

Tempoh proses berbeza mengikut tahap keterukan kes, kualiti dokumen dan kerjasama daripada penyedia servis serta pemilik haiwan peliharaan, tetapi kami akan berusaha untuk memastikan kes dapat diselesaikan dalam masa sebulan.

0 jawapan25 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0